cropped-logo-01-01.png

Mozacrunch.com

Perjalanan

Founder

IMG_5978

CIK AZILA ZIN

Founder MozaCrunch

Merupakan Anak ke-8 daripada 9 orang adik beradik.

Menghidap penyakit ‘Kencing Manis’ seawal umur 16 tahun disebabkan faktor keturunan.

Beliau telah mengambil tugas membantu menampung bebanan  keluarga tanpa mengira penat dan lelah setelah kehilangan bapa tercinta.

Disebabkan minat yang mendalam terhadap makanan-makanan luar negara,

maka tercetusnya idea ‘Corndog’ buatan Bumiputera dengan hasil menonton video di Youtube sahaja. 

Mula berniaga ditepi jalan hingga mampu membuka sebuah kiosk di dalam AEON Mall Taiping tanpa sebarang pinjaman bank.

Dalam tempoh 7 bulan sahaja, sebuah kiosk tadi dinaiktaraf ke sebuah restauran pertama miliknya.

Pada Mac 2020, tragedi yang tidak disangka telah berlaku dimana pandemic covid-19 telah
melanda di seluruh Negara. Hal ini mengakibatkan pasaraya terpaksa ditutup. Sekaligus
menjejaskan pendapatkan syarikat.

Sepanjang situasi itu, beliau telah memulakan perniagaan hanya di rumah sahaja. Maka
terhasil lah produk sejukbeku keluaran Mozacrunch selain menjalankan penjualan secara “cash on delivery (COD)” diseluruh kawasan Taiping dan yang berdekatan.

 

Disebabkan dari hal ini, tercetusnya sistem dropship & agent, ini dapat membantu lebih  ramai orang diluar sana yang terkesan akibat pandemik covid-19, sekaligus ia juga dapat membuka tempat pemprosesan makanan sejuk beku yang lebih besar berbanding di rumah.

 

Tidak terhenti disini, beliau juga membuka peluang kepada
peniaga di luar sana untuk membuka kiosk jenama Mozacrunch.

Perjalanan kejayaan beliau bermula dari bawah.

Ianya mustahil tanpa usaha dan semangat yang tinggi.

Oleh itu, beliau merangka dan menyusun sendiri plan tindakan yang strategik kepada

usahawan-usahawan Mozacrunch supaya dapat berniaga dengan lebih mudah dan teratur tanpa perlu fikir masalah-masalah yang bakal dihadapi.

‘Impian Mampu Merubah Menjadi Kenyataan’

Cik Norazila Mohd Zain berjaya realisasikan impiannya tanpa bergantung harap kepada orang lain.